Wednesday, 22 October 2014

Tanggungjwab suami isteri


1.       Tanggungjawab suami;
o   Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak berdasarkan  kemampuan                                 
o   Memberi nafkah zahir dan batin
o   Bertanggungjawab terhdap pendidikan anak
o   Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak
o   Mewujudkan pergaulan yang baik
o   Memberi perlindungan kepada isteri dan anak
o   Adil jika berpoligmi

2.       Ciri-ciri suami yang baik;
o   Beriman
o   Berakhlak mulia
o   Bertanggungjawab
o   Taat pada ajaran islam
o   Berilmu pengetahuan

3.       Tanggungjawab isteri;
o   Mentaati suami berdasarkan kehendak islam
o   Menjaga maruah diri dan harta suaminya
o   Menjaga kebersihan diri dan anak seta rumah tangga
o   Menjaga dan mendidik anak dengan sempurna
o   Mengadakan pergaulan yang baik
o   Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami

4.       Ciri-ciri isteri yang solehah;
o   Beriman
o   Berakhlak mulia
o   Patuh pada ajaran islam
o   Menjaga kehormatan / maruah diri
o   Berilmu pengetahuan
o   Sentiasa  melakukan kebaikan

5.       Tanggungjawab bersama;
o   Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumah tangga
o   Memberi pendidikan kepada anak
o   Memberi kasih sayang kepada anak
o   Memberi layanan baik kepada keluarga kedua-dua belah pihak
o   Sama-sama berkorban untuk kebahagiaan anak

6.       Kesan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga
o   Hubungan suami isteri akan renggang dan berlaku perselisihan
o   Pasangan suami isteri mungkin akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah hubungan suami isteri
o   Anak-anak menjadi mangsa perceraian dan akan terabai didikan serta kasih sayang

7.       Kesan kerukunan rumahtangga terhadap pembangunan umat
o   Keluarga merupakan salah satu komponen terpenting yang membentuk identiti masyarakat
o   Akan lahir para cendekiawan dan pemimpin berkaliber kerana mendapat didikan yang baik dari keluarga yang harmoni
o   Akan lahir anak-anak yang cemerlang dan bijak

8.       Persiapan ke arah keluarga bahagia
· 
Dari sudut ilmu pengetahuan

·         Dengan mendalami ilmu agama
·          Dengan mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan
·         Dengan mengetahui ilmu-ilmu semasa sebagai persiapan kearah keluarga bahagia

Dari sudut ekonomi
·         Perlu dirancang awal agar tidak menjadi beban pada masa akan datang
·         Keutamaan diberi untuk mengurus makan minum, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna
Dari sudut akhlak
·         Ia adalah tonggak keharmonian keluarga
·         Tanpanya keluarga akan kucar kacir
·         Suami perlu menjadi contoh terlebih dahulu dan menjadi ikutan kepada isteri dan anak
·         Nilai murni perlu diterapkan seperti hormat-menghormati, bertimbang rasa, tolong-menolong dll bagi menjamin keluarga yang bahagia.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home