Rahsia Kesetiaan Lelaki terhadap perempuan
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amatmengejutkan.Hati lelaki yg dianggap keras selama ni,tiba-tiba semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya
Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat ape sahaja untuk kekasihnya.sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hati dilukai.Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah,diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1.Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2.Dia sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3.Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya
4.Dia akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap
5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya
6.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7.Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8.Dia mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.
9.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnye melayannya lebih dari org lain.
10.Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup menbantu kekasihnya melakukan apa saja.
11.Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12.Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13.Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14.Dia mementingkan kekasihnya dari dirinya sendiri.
15.Dia kerap bertanya adakan kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat dari kekasihnya
16.Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17.Dia akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar
18.Dia membanggakan kekasihnya depan org lain.
19.Kalau dia ditinggalkan oleh kekasihnya,ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.
20.Apabila timbul orang kedua,dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21.Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.
22.Dia tidak akan berlaku curang pada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
23.Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorg perempuan


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home