Wednesday, 22 October 2014

contoh surat rasmi pengesahan tamat latihan industri



Pengarah,
Kolej Komunit Pasir Mas                                                                                                                        PT 3302 – 3307, Taman Sri Kota,
Pasir Pekan, 16250 Wakaf Baru,
Kelantan.
(u/p: Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri)                  Tarikh: 23 Oktober 2014

Tuan,

PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI JULAI 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Pihak kami mengesahkan bahawa pelajar ;
NAMA PELAJAR             : MOHD AZA AZRAN BIN MOHD NAJIB
NO. PENDAFTARAN      : D21SAK13F030
PROGRAM                       : SIJIL AKAUNTANSI
Dari Kolej Komuniti Pasir Mas telah menjalani latihan industri di tempat kami bermula 7 Julai 2014 hingga 23 Oktober 2014.
3.         Sepanjang menjalani latihan industri di sini, antara skop kerja yang di lakukan oleh pelajar adalah :
             3.1 Menyediakan Borang Permohonan Perolehan.
             3.2 Menyediakan Borang Pesanan Kerajaan.
             3.3 Menyemak Invois, Nota Debit dan Nota Kredit.
             3.4 Merekod Stok keluar dan masuk ke dalam Sistem Pengurusan Aset.
             3.5 Merekod Stok keluar dan masuk ke dalam kad petak.
             3.6 Menghantar L/O kepada pembekal.


4.       Pihak Kami amat berpuas hati di atas kerjasama dan sumbangan cemerlang yang telah diberikan sepanjang beliau menjalani latihan tersebut. Kami mengucapkan selamat maju jaya di dalam kerjaya beliau pada masa hadapan.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,



-------------------------------------------

(Maslinda Binti Mahmood )
Ketua Penolong Pengarah Kewangan dan Akaun
Majlis Perbandaran Kota Bharu


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home